Bismillahirrahman’nirrahim.
Solat bukanlah sekadar
rukun Islam yang ke-2, lebih dari itu, solat adalah satu jalan untuk kita
sampai kepada Allah mengikut jalan Muhammad. Solat adalah jalan yang telah
dirintis oleh Nabi Muhammad pada peristiwa Isra’
Mikraj yang mahsyur lagi penuh hikmah dan rahsia.
Maha
Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. (Surah Al-Israa’:
1)
Pernah seorang sahabat saya bertanya bagaimana mahu mengecap nikmat kelazatan dalam solat?? Sahabat saya itu mengakui bahawa beliau solat sekadar ikut-ikutan dan tidak pernah menikmati kelazatan solat. Saya juga mengakui bahawa saya pun belum merasai kemuncak nikmat kelazatan solat selain nikmat-nikmat solat yang umum.
Di dalam menghadapi apa
jua situasi, kita mesti mendahulukan Allah. Saya menangguhkan pertanyaan
sahabat saya untuk bermunajat memohon petunjuk daripada Allah. Kemudian sampai
petunjuk Allah kepada saya berkenaan rahsia asal usul solat.
Firman
Allah, “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada
sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka
sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan
akal fikirannya.” (Al-Baqarah : 269)
Jika kita teliti, di
manakah sebenarnya rahsia solat? Cuba kita ingat ketika seruan azan
“Haiya’alassolah” maka kita akan menyahut
“Lahaulawala’quwatailla’billahil’aliyil’azim”. Ertinya apabila diseru “Marilah
solat” maka kita menjawab “Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan
Allah” jelas membuktikan bahawa kita sememangnya tiada daya upaya untuk
mendirikan solat melainkan dengan Allah (Billah). Maka untuk mendapat solat
yang sempurna, solat itu mesti didirikan dengan Allah iaitu kita mesti berdiri
di dalam sifat Ketuhanan. Hanya Muhammad yang boleh berdiri di dalam sifat
Ketuhanan walaupun Muhammad itu seorang hamba dan pesuruh.
Umum mengetahui bahawa,
solat adalah kurniaan Allah, yang diterima oleh Nabi Muhammad melalui peristiwa
Isra’ Mikraj sewaktu pertemuan baginda dengan Allah di Arasy Kursi Mustawa
iaitu di kemuncak Sidratul Muntaha. Nabi Muhammad dikurniakan solat 50 waktu
sehari semalam sebagai tiang agama Islam. Bayangkan setiap 28 minit
berkumandang seruan azan dan solat wajib didirikan tanpa berdolak dalih. Maka apa
akan jadi dengan kita umat Muhammad sedangkan solat 5 waktu yang ada ini pun
sangat berat untuk didirikan?
Dalam perjalanan turun,
Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Musa yang menasihatkan agar Nabi Muhammad
naik semula bertemu Allah untuk memohon pengurangan. Nabi Muhammad pun naik
semula ke Arasy Kursi Mustawa bertemu Allah dan Allah mengurangkan sebanyak 5
waktu. Proses ini berulang sebanyak 9 kali dengan jumlah pengurangan
keseluruhan adalah sebanyak 45 waktu. Maka tinggallah solat 5 waktu yang Nabi
Muhammad bawa turun ke bumi untuk disyariatkan oleh sekelian orang yang
beriman. Solat bukan sekadar syariat, tetapi solat itu meliputi urusan syariat,
tarikat, hakikat dan makrifat sekali harung.
Sebagai seorang Mukmin/Mukminah
juga Muslim/Muslimah yang mahu menikmati kelazatan solat, mestilah menunaikan
solat bukan sekadar satu syariat solat, tetapi perlu juga ditunaikan sekaligus
dengan tarikat solat, hakikat solat dan makrifat solat.
SYARIAT
SOLAT - adalah pekerjaan tubuh di mana ada 7 pergerakan
utama iaitu berdiri memeluk tubuh (Qiam) yang dimulai dengan ikrar takbiratul
ihram, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud semula dan duduk
tahyat yang disudahi dengan salam. Cuba teliti betul-betul, percaya atau tidak
bahawa apabila kita mendirikan solat, sebenarnya kita mengulangi perjalanan
Mikraj Nabi Muhammad.
Sabda
Nabi Muhammad, “Dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Riwayat
al-Bukhari)
Bermula dengan niat dan
berdiri betul, apabila kita hadapkan kiblat (hati) kita ke Kaabah, sebenarnya
kita sudah sampai di dalam Kaabah dalam keadaan ber’ihram. Apabila kita mengangkat
kedua-dua tangan sebagai ikrar ‘Takbiratul Ihram’, sebenarnya kita sedang
mendaki ruang langit pertama sehingga ke bumbungnya.
Firman
Allah, "Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan
hiasan, yaitu bintang-bintang." (As-Saffat: 6)
Bumbung langit pertama
pula adalah lantai langit kedua. Apabila kita turunkan tangan lalu memeluk
tubuh, sebenarnya pintu langit kedua sudah terbuka dan kita berdiri (Qiam)
bersama-sama para Malaikat yang terus-menerus berdiri sehingga hari Qiamat.
Apabila bertakbir untuk rukuk, kita sebenarnya sedang mendaki ruang langit
kedua sehingga ke bumbungnya. Bumbung langit kedua itu pula adalah lantai
langit ketiga. Di lantai langit ketiga kita rukuk bersama-sama para Malaikat
yang rukuk terus menerus sampai hari Qiamat. Kemudian kita bertasbih dan
bertahmid mendaki langit ketiga sehingga ke bumbungnya. Bumbung langit ketiga adalah
lantai langit keempat. Di sini kita iktidal bersama-sama para Malaikat yang
iktidal terus menerus sampai hari Qiamat.
Kemudian kita bertakbir untuk sampai
ke lantai langit yang kelima. Kita sujud bersama-sama dengan para Malaikat yang
terus menerus sujud sampai hari Qiamat. Kemudian kita bertakbir untuk sampai ke
lantai langit keenam dan seterusnya duduk bersama-sama para Malaikat yang duduk
terus menerus sampai hari Qiamat. Kita bertakbir lagi untuk sampai ke lantai
langit ketujuh dan bersujud lagi bersama-sama para Malaikat yang bersujud terus
menerus sampai hari Qiamat. Akhir sekali, kita bertakbir untuk sampai ke
Sidratulmuntaha terus ke Arasy Kursi Mustawa di mana ketua para Malaikat, iaitu
Malaikat Jibril pun tidak boleh sampai. Kita duduk TAHYAT dan membaca Tahyat
terus kita BERSYAHADAH, bersolawat dan salam. Sebenarnya, gerakan yang kita
lakukan semasa solat adalah syariat para Malaikat di setiap tingkatan langit yang
Nabi Muhammad saksikan di dalam perjalanan Mikraj, seterusnya disusun sebagai
tertib gerakan tubuh di dalam solat.
TARIKAT
SOLAT - adalah pekerjaan nyawa iaitu nafas. Ianya berbentuk
bacaan ayat Al Quran, takbir, tasbih, tahmid, tahlil, solawat dan salam dengan
menjaga tajwid dan harakat nafas serta harakat bacaan.
Firman
Allah, “Dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".” (Al-Muzammil : 4)
HAKIKAT
SOLAT - adalah pekerjaan roh iaitu mengingati Allah dengan
menyebut nama Allah di dalam setiap harakat nafas.
Allah berfirman “Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat; sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabuut : 45)
Allah berfirman “Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat; sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabuut : 45)
Firman
Allah lagi “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli, yang demikian adalah baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui.” (Al-Jumaah: 9)
MAKRIFAT
SOLAT - ialah pekerjaan serentak syariat, tarikat dan
hakikat yang naik ke puncak Sidratul Muntaha iaitu Arasy Kursi Mustawa sebagai saksi dengan menafikan
segala-galanya melainkan wujud Allah semata-mata dan Muhammad adalah pesuruh
Allah.
Firman
Allah, “Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang)
belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Kemudian
Allah berfirman): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab:
"Benar, sesungguhnya kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".” (Al-Araff : 172)
Dalam konteks ‘Awaluddin
Makrifatullah’, kita wajib mengenal diri kita bukanlah sekadar tubuh, tetapi hakikatnya
kita adalah Roh atau Nur Muhammad yang berasal usul dari Muhammad dan Muhammad
pula adalah Nur Allah yang berasal usul dari Allah Rabbul Izzati iaitu Zat Yang
Maha Tunggal. Maka di dalam konteks 'Akhiruddin Makrifat Islam' untuk sampai kepada Allah, kita wajib mengikuti jejak Muhammad iaitu SOLAT.
Firman Allah “Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran, dan dirikanlah solat; sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan
yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar;
dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabuut : 45)
Jelas dari firman Allah
ini, seseorang yang khusyuk di dalam solat akan terhindar dari melakukan
perkara keji dan mungkar, sedangkan solat orang munafik, fasik atau musyrik akan
hanya mengundang kemurkaan Allah. Ini kerana hati mereka lalai dari mengingati
Allah sedangkan syariatnya mereka seolah-olah mendirikan solat.
Firman
Allah, “Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Solat. (laitu) mereka yang berkeadaan
lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.” (Al-Maa’uun: 4-5)
Kesimpulannya, kita
semua perlu kembali kepada Muhammad untuk sampai kepada Allah dan satu-satunya
jalan adalah dengan jalan solat.
Sila kongsikan artikel ini kepada Ahli-ahli Muhammad yang lain.
Sila kongsikan artikel ini kepada Ahli-ahli Muhammad yang lain.